BLOG-ING MOOD
PMR is around the corner . BRB guyss :)

Wednesday, July 6

Bersyukurlah ..



Malam semalam , aku pergi jalan jalan tepi laut and i saw three kids jual jagung . Ohyeahh? Kids ke . 
Takpe dengar dulu cerita aku ni .
Then , my mom pulak nak beli jagung tu . Sambil2 beli tu , ibu MENEMU RAMAH budak budak tu .
Ibu tanya , korang ni darjah berapa ?
The kids answered , Kami tingkatan Tiga .
Huahuahua . Gilaaaaaa , muka tak matang habis . Aku hampir2 tak percaya bahawa mereka sedang berada di tingkatan 3 sekarang ni . Sebaya dengan aku wehhhh .
And ibu tanya lagi , kenapa jual jagung ? Siapa suruh jual ?
Sekolah lagi ke tak ?
Diorang kata kami sudah pencen .
Hehehe , faham faham jela kan . Lepastu , ibu tanya lagii , kenapa tak sekolah ? Ibu tak marah ke tak gi sekolah ?
Diorang cakap ; takpun .

Emm , sebelum tu , biar aku cerita sikit pasal budak 3 orang tu .
Yang first , nama dia UDIN .
Udin tu cakap , dia takpergi sekolah sebab dia tak suka kawan2 kat sekolah dia semua jahat .
Udin , bapak dia dah meninggal . Dia ada 3 orang adik beradik . Sorang dah meninggal , sorang algi sedang bekerja bagi menyara kehidupan dia and mak dia . Udin dapat 2A 3C time UPSR .
Udin cakap , dia suka duduk di library tetapi , disebabkan tak tahan dengan kawan2 yg jahat , dia jadi tawar hati dan malas nak ke sekolah . Udin berada di dalam kelas kedua di sekolahnya .
Udin taksuka berkawan , dia cakap dia kesunyian . 
Kesian dia kan :'(

Okay , budak yang kedua pula ialah Syafiq .
Syafiq pula tidak ke sekolah kerana masalah dengan guru gurunya . Dia tak tahan dengan cikgu nya kerana kesalahan orang lain , dia yang kena marah . Syafiq ada 6 orang adik beradik . Masih mempunyai ibu dan bapa . Syafiq seorang yang pandai ! Dia dapat 4A 1B masa UPSR ! Aku terkejut gilaa bila dengar result dia baik macam tu . Result dia sama dengan aku dooo  . Syafiq berada di dalam kelas pertama di sekolahnya .
Bapa syafiq bekerja sebagai kontraktor *kott , tak ingatlaaaa .
Mak nya , suri rumah tangga .

Baiklah , budak yang last sekali namanya , Fadhil . Mula mula aku ingatkan dia daripada Indonesia . Rupa rupanya orang Sabah . Ibu bapa nya sudah bercerai . Dia ikut bapanya ke Negeri Sembilan dan baru beberapa bulan sahaja menetap di Melaka . Bapanya sudah berkahwin lainn dengan seorang perempuuan yang gayanya seperti SINGA . Aummm ! Hehe . dia yang cakap lah . Fadhil punya kehidupan lagi menyedihkan . Sedih kan ?
Dia seolah-olah hidup bersendirian tanpa ibu bapa di sisi . Ya Allah , terima kasih kerana kurniakan ibu bapa yang amat baik buatku . Alhamdulillah .

Moral daripada kisah benar ini : Bersukurlah kita kerana masih lagi dapat menikmati kesenangan hidup , tak seperti mereka bertiga . Menjalani hidup dengan serba kekurangan .
Marilah kita bersyukur :)