BLOG-ING MOOD
PMR is around the corner . BRB guyss :)

Monday, August 8

Terkilan :(


Wahai cikgu , sampainya hatimu . Aku tahan sebak je melihat kau pergi melihat dan membantu pelajar kelas yang kau ajar tadi . Masalahnya sekarang , kelas aku kau ajar jugak kan ! Kau fikir aku tak nampak le kau , sampai kat barisan budak budak kelas aku , kau terus patah balik . Betul kau ni piliih kasih . Kalaupun ada budak dalam kelas aku yang kau tak suka , menyampah , habistu yang tak bersalah ni kau pakai bantai jela semuanya bersalah !? Semua macamtu . Aku taktahan  sangat . Sungguh , aku jauh hati dengan kau cikgu . Walaupun sebenarnya , aku tau aku tak layak berkata sebegitu . Tapi , adil ke kalau , ckgu je boleh kecil hati and jauh hati deengan pelajarnya ? Tak adil . Korang mesti kata aku kurang ajar , tapi kalau korang sendiri ada kat tempat aku , mesti kau akan rasa apa yang aku rasa . Kau kutuk kutuk kitaorang macam kitorang ni tiada perasaan pula ye , kau ingat kitorang ni tiada hati ke ? Wahai cikgu , kalau lah kau tahu and kalau lah kau dapat rasa apa yang aku rasa ini . Hmm , betul aku terkilan dengan sikap cikgu kau . Wahai cikgu , kami ini hanya lah manusia biasa . Aku tahu kau taksuka dengan segelintir pelajar di dalam kelas aku . Aku tahu , itu . Tapi tidak kesemuanya bersalah wahai cikgu . Ibarat nila setitik , rosak susu sebelanga .


Tapi apakan daya , bila dah duduk dalam satu kelas , belajar bersama sama , nak taknak , kena jugalah aku harunginya . Kau bersalah ke tak ke , tetap jugalah kau tergolong dalam kelas yg sama orang yg bersalah dan apabila cikgu nak marah orang yang bersalah , cikgu bukan sebut nama orang tu , tapi sebut nama kelas . Alahai , sabar jela . Ikutkan hati , aku nak berambus dari sekolah ni cepat cepat . Tak sanggup lagi aku nak duduk kat sekolah ni . Sungguh -..-

Sunday, August 7

Fahmi

Assalamualaikum dan hi semua salam satu Malaysia (haihh , followers dah lah sikit , sapelah nak baca blog aku nihaa ) hehe . Semalam , 7 Ogos 2011 , genaplah setahun arwah Hafiz Fahmi pergi meninggalkan dunia ini .
Tak tahan , sebak sungguh rasanya bila mengenang kembali raut wajah arwah , kenakalannya dan usikannya :'(
Hmm , Fahmi semoga kau tenang di sana . Aku di sini doakan kau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman Fahmi . IMY ! :(

Tuesday, August 2

Hari Kedua Berpuasa .


Assalamualaikum . Hi semua . Hari ni kan , hari ni kan ? Hehe . Hari kedua bagi umat Islam berpuasa . Alhamdulillah , setakat ni penuh puasa saya . Kihkih . Biasalah perempuan kan ada ABC (Allah Bagi Cuti)
Kankan ? Alaaaaa , semua mesti dah tau kan . Tsktsk . Takbest kalau tak puasa sebab , nak kena ganti nanti and , rasa tak lengkap , tak syok , tak nikmat ! Hehe . Tapi yang sedihnya , selama dua hari ini , aku tak sempat langsung nak pergi Terawih . Hurhurhur -.- Kerja sekolah banyak cangat maaa . Wa rasa seperti mau pengsyann maa . Alahai = = ' *sobsobkesatairmata*

Okay , di sekolah siang tadi , classmates saya semuanya active active belaka . Takde pulak yang buat peta . Ngeh3 . Hebat lah you guyssss , tabik lah! Hahaha , ekau ni puasa ke tidokk ? Haihh . Tadi ada teknik menjawab Pendidikan Islam . Pehh , kalau ada tongkat untuk mata , sudah lama daku beli . Malangnya tak ado . Hur hur -.- Hambar sungguh ! Mengantuk sangat . Dahlah buat di dewan makan asmara , eh asrama lah . Ada pulak orang tengah goreng ayam . Masya'Allah , tergugat iman saya . Takpatut betulla , saya dapat melihat muncung muncung mulut pelajar pelajar menhidu bau ayam . Kahkahkah , kelakar je . Dah stop .

K , trial PMR next weak . Lagi masalah , menimbun tertimbun bergunung . Memanglah namanya HANYALAH TRIAL bukannya PMR SEBENAR tetapi tetapi , emm tetapi ape eak . Haa! Tetapi , kena lah jugak buat molek molek kan . Yela , manalah tau , dapat masuk SBP ke next year . Pehh , saya bukannya mengharap pun , tapi kita mestilah buat yang terbaik . Ye tak ? Cakapla ya , cepat cakap ! Cakap ! Kwateva -.-
Okay , in order to get 5As'+++ in the upcoming Trial , kite kenalah baca mukabuku menghadap mukabuku 24 jam , ehh . Walawehh silap mak . Hahahaha , buku lah , bukan mukabuku . Ciss , hebat sungguh penangan mukabuku tu kan ? Tolonglah , aku taknak addict sangat dengan kau wehh , tolonglah ! Lepaskan daku pergi , pleaseeeee . Ahh , hati ini meronta ronta kata tidakkkk . Di mulut kata yaaa . Ohh stop ! hur hur $__$


Tengokla , muka ketat aku . Haiyoo ini makcik aaa , manya ketat muka . Tak molek loo , ah peduli hapee aku . Haku punya muka . Bukan kau punya . Wekkk :P
K laa , lack of ideas . Cehh , padahal . Takde idea langsung . Setiap post haku kata takde idea , muak tak ?
Kau cakap muak , aku lempang . haha .
K bye all . Take care :)
Muahhmuahhh !